Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
Mengenai Kami

Selamat datang ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). SISPAA KKDW adalah saluran atas talian untuk menguruskan aduan, pertanyaan serta cadangan daripada orang awam berkenaan perkhidmatan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan semua Agensi/ Jabatan di bawahnya iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Institut Kemajuan Desa (INFRA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA Berhad) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Antara skop aduan KKDW merangkumi:

  • Kemudahan Infrastruktur Asas Luar Bandar
  • Bantuan atau baik pulih rumah di kawasan Luar Bandar (PPRT- Mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan)
  • Pembiayaan Perniagaan Usahawan Luar Bandar
  • Kursus kemahiran, keusahawanan atau kepimpinan pengurusan desa anjuran Kementerian
  • Perkhidmatan Tabika/ Taska KEMAS

Mohon pastikan maklumat diisi dengan benar dan lengkap untuk memudahkan kami memproses aduan anda.


Maklum balas atau sekurang-kurangnya maklum balas awalan kepada aduan Tuan Puan akan diberikan dalam tempoh 15 hari bekerja.

Terima kasih kerana mengakses sistem ini. Komen serta aduan anda amat kami hargai demi memperkasa mutu perkhidmatan KKDW.

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader